Lain yang ditunjuk lain pula yang mendapat perhatian.
Itulah yang terjadi kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh apabila satu ciapan di Twittter miliknya mencuri perhatian netizen.
Menarik tetapi menyeramkan, video yang memapar wakil rakyat DAP itu berbahas di Dewan Rakyat tidak mendapat perhatian netizen, sebaliknya netizen lebih tertarik kepada kerusi di belakangnya.
Kenapa kebanyakan rakyat Malaysia suka cerita hantu??
Isu yang saya bangkitkan ditenggelami kerusi bergerak.
Cuba hiraukan muzik seram yang tak tahu diedit oleh siapa dan cuba fokus isu yang saya bawa 😅😅 pic.twitter.com/Ki8DLVZ5OS— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 24, 2021
Video berdurasi 19 saat tular tular di Twitter memaparkan kerusi itu bergerak sendiri ke hadapan ketika Hannah berbahas berkaitan rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara, semalam.
Hannah yang menyedari hantarannya itu mendapat perhatian netizen terkejut melihat kejadian dalam video tersebut.
“Kenapa kebanyakan rakyat Malaysia suka cerita hantu?? Isu yang saya bangkitkan ditenggelami kerusi bergerak. Cuba hiraukan muzik seram yang tak tahu diedit oleh siapa dan cuba fokus isu yang saya bawa,” ciapnya, beberapa hari lalu.
Melihat ciapan Ahli Parlimen Segambut itu, warga maya berkongsi pelbagai pandangan unik dan kreatif mengenai kejadian misteri itu.
“Kalau ikutkan isu yang YB bawa kena dengan tema. Seram kot duit pembayar cukai guna nak tekan balik pembayar cukai! Makhluk halus pun tak tahan nak bangun dan berhujah”
“Orang bunian pun menyokong isu yang YB bawa, jadi dia ikut masuk dewan bha itu. Dia tengok oh banyak kosong ni, duduk dekat sikit lah.”
“Ada orang curi makan sorok-sorok. Risau kantoi. Cuba baik sangka.”
“Ohh.. Ni laa penghuni dalam dewan tu, dia nak usulkan beberapa isu.Milik siapa kerusi tu, MP mana satu?
“Dia minta laluan YB. Speaker pula suruh duduk.Pengundi hantu ada. MP hantu pun ada.”
“Hahahahaha ‘good touch’ dan strategi untuk jual ‘point’ anda. Master piece.”
“Apa-apa pun memang seram tiba-tiba jadi macam ni!” kata netizen.