Syarikat pengeluar biskut terkenal, Shoon Fatt Biscuit & Confectionery Factory Sdn Bhd memberi sumbangan sebanyak 3,184 paket biskut jenama terkenal mereka, Cheese Crackers kepada FreeMakan.Com.
Sumbangan biskut disukai ramai tersebut yang bernilai RM16 ribu itu dimasukkan terus ke dalam bakul makanan FreeMakan.
PengasasShoon Fat Biscuits, Loo Yen Chan bersama Ketua Pengarah Eksekutifnya, CK Loo memberitahu GoodNews sumbangan tersebut terdiri daripada 460 kotak Cheese Cracker 500 gram.
“Syarikat mengambil inisiatif bantuan secara serius dan kami mahu menjalankan tanggungjawab kami semasa pandemik ini.
“Kami percaya, sebahagian daripada apa yang kami perolehi selama ini, perlu ‘dikembalikan’ kepada masyarakat.”
Sejak dilancarkan, FreeMakan mengalu-alukan pengeluar makanan untuk tampil bersama-sama menjayakan inisiatif tersebut dengan membuat sumbangan berupa produk makanan yang mereka keluarkan.
Bagi mereka yang mahu menyalurkan sumbangan, boleh menghubungi Encik Moo di talian 014-2315528.
FreeMakan ditubuhkan bagi mengatasi krisis keperluan makanan yang berlaku akibat pandemik Covid-19 yang meletus sejak lebih setahun yang lepas.
Badan ini dalam usahanya juga mengumpul dana untuk membeli dan menghantar makanan kepada golongan yang memerlukan, selain mereka yang kehilangan tempat tinggal serta pengangguran.
Bagi tujuan sumbangan bantuan, anda boleh melayari FreeMakan atau Giveback.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”