Selepas enam tahun tidak merakamkan lagu raya, Datuk Siti Nurhaliza muncul dengan single terbaharu berjudul ‘Lip Lap Raya’.
Siti berkongsikan berita gembira itu di laman sosial Instagram hari ini, dia turut memaklumkan menerusi video tarikh keluar lagu raya terbaharu itu iaitu pada 20 April ini.
“Setelah enam tahun saya tidak muncul dengan single raya solo terbaharu, ‘Lip Lap Raya’ bakal menggemerlapkan Hari Raya tahun ini! Tunggu…,” tulisnya.
Susulan itu, rata-rata komen peminat termasuk rakan artis seperti Hanis Zalikha dan Memey Suhaiza menyatakan keterujaan dan tidak sabar menunggu lagu baharu itu dikeluarkan.
Hanahbeautysyg berkata:” Wah bestnya! Akhirnya lagu Raya baharu dari @ctdk.”
Saluya_yaya berkata” Tak sabar.. mesti meletop.”
Atikah_lee pula berkata:” Sejak tahun 2003 sampai sekarang mesti lagi Sesuci Lebaran.. yeah tahun ini ada lagu baharu tokti.”