• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Squid Game versi realiti bakal dianjurkan

Squid Game versi realiti bakal dianjurkan

February 15, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Squid Game. Itulah perkataan yang menjadi trending di media sosial sekitar September – Oktober tahun lepas sejak disiarkan di platform perkhidmatan penstriman tersohor Netflix. Squid Game merupakan sebuah drama bersiri telah mendapat pelbagai respons di media sosial daripada penonton.

Ia menjadi satu fenomena yang menjadi tontonan popular lebih dari 80 buah negara di seluruh dunia sejak disiarkan di saluran tersebut bermula September 2021 lalu.

Terkini, Arab Saudi bakal menganjurkan permainan Squid Game sebenar, bertujuan menarik perhatian pelancong asing ke negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette.

Pihak Berkuasa Am untuk Hiburan (GEA) negara itu menawarkan enam permainan berbeza yang diinspirasikan daripada drama terkenal Korea Selatan itu.

Menurut laporan berkenaan, permainan itu bermula dengan pertemuan peserta dengan askar bersut merah dan berakhir dengan mengumumkan pemenang.

Acara tersebut menjadikan Arab Saudi sebagai yang pertama di dunia menawarkan permainan Squid Game pada tahap sedemikian.

Pihak berkuasa telah memperuntukkan zon khas untuk acara itu di kawasan seluas 9,582 meter persegi di Riyadh.

Bagi menjadikan Squid Game lebih realistik, patung animatronik berketinggian tiga meter dibina manakala set acara tarik tali sepanjang tiga meter turut diletakkan di atas tanah.

Post Views: 167
Tags: arab saudiRiyadhSquid Games
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 702 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next