Penerjun negara Ooi Tze Liang menyumbang emas ketiga negara dalam temasya Sukan SEA Hanoi di Vietnam hari ini dalam saingan final acara 1 meter papan anjal lelaki.
Tze Liang mengumpul keseluruhan 377.70 selepas enam terjunan untuk merangkul emas ketiga negara yang juga emas kedua peribadi dalam kejohanan kali ini.
Seorang lagi penerjun negara, Betrand Rhodict Anak Lises yang bersaing dalam acara pula berjaya merangkul pingat gangsa bagi tempat ketiga.
Malaysia kini mengumpul tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa sumbangan kem terjun negara.
Kontinjen negara turut berpeluang menambah pingat lagi dalam saingan final dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita.
Pasangan penerjun Ng Yan Yee-Ong Ker Ying akan mengalas cabaran negara dalam acara itu yang dijadualkan bermula jam 5.10 petang.