• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Sukan SEA: Semangat anak melawan kanser jadi azimat pesilat negara

Sukan SEA: Semangat anak melawan kanser jadi azimat pesilat negara

May 17, 2022 Posted by sdteam BM, Featured, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Meskipun mengalami kecederaan pada bahu, jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari mempamerkan aksi cemerlangnya ketika menentang pesilat Singapura pada pusingan separuh akhir temasya Sukan SEA.

Di sebalik tanggungjawab membawa balik pingat untuk negara, bekas juara dunia tersebut memaklumkan, beliau membawa semangat anaknya, Furqan Al Haq yang berusia tiga tahun yang kini sedang bertarung melawan kanser.

“Saya tak kisah apa jenis keputusan sekali pun kerana ini adalah ketentuan Allah. Saya telah lakukan sebaik yang mungkin meskipun beraksi dengan sebelah tangan. Kecederaan bahu benar-benar sakit dan saya tetap meneruskan saingan ini demi anak.

“Saya kuat pun sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya lagi kuat kerana dia hidap kanser kerana dia budak lagi. Ketika ini dalam fikiran saya adalah anak saja. Dia sakit dalam umur tiga tahun sudah kena kanser.

“Setiap kali saya ke hospital dia lemah dan letih. Setiap kali saya nangis dia usap. Dia (Haq) cakap ayah jangan nangis Haq ok.

“Bila saya kena cedera bahu macam ini, tak kan saya tak kuat jadi sebab tu saya teruskan berlawan dan tidak fikir lain iaitu anak saya,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Pemenang empat pingat emas Sukan SEA tersebut membawa semangat anaknya untuk memburu tempat ke final namun sayang perjuangannya terpaksa berakhir di pusingan separuh akhir selepas tewas 21-26 terhadap wakil Singapura, Abdul Raazaq Abdul Rashid.

Jufferi yang beraksi sebelah tangan tampil dengan perlawanan cemerlang apabila mendahului perlawanan namun berbaki enam saat terakhir segalanya musnah apabila Jufferi dikatakan melakukan pelanggaran berat hingga dikenakan potongan 10 mata.

Keputusan itu menyebabkan Jufferi tewas meskipun pada awal perlawanan, atlet kelahiran Pahang itu mendahului pertarungan dengan keputusan 31-26.

Ketika ditanya mengenai perjuangannya selepas ini, Jufferi mengakui sekiranya kecederannya benar-benar teruk dia akan mengambil keputusan untuk berehat.

“Saya telah berbincang dengan doktor di sini untuk terus melakukan pemeriksaan pada bahagian bahu saya. Jika agak kritikal saya akan bincang dengan Presiden Pesaka, Datuk Megat (Zulkarnain Omardin).

“Kalau keadaan tak begitu mengizinkan saya akan berhenti dengan cara baik,” ujarnya.

Post Views: 99
Tags: Al JufferiSilatsukan sea
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next