Seorang guru kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh, V Komathy, 38, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Global Teacher Award (GTA) 2021.
Anugerah tersebut diterima oleh guru yang berasal dari itu selepas usaha gigihnya berjaya mencipta inovasi bagi memudahkan pelajar memahami matapelajaran tersebut.
Pengumuman anugerah berkenaan yang disampaikan melalui webinar hari ini, telah disertai sebanyak 26,000 penyertaan daripada pelbagai negara sebelum 500 peserta disenarai pendek di peringkat akhir.
Komathy menzahirkan rasa bangga dengan pengiktirafan tersebut dan menjadikannya motivasi untuk menyumbangkan kepada pembangunan negara demi mendidik anak bangsa.
“Saya akan mengorak langkah untuk memberi pembaharuan pendidikan kimia, saya sebagai guru ingin menyumbang banyak kepada bidang kimia dan pembangunan keseluruhan pelajar.
“Saya juga ada mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan menghasilkan penulisan ilmiah seperti buku kimia dan beberapa kajian tindakan kimia serta membuat beberapa inovasi.
“Setakat ini saya menghasilkan lapan inovasi untuk pendidikan kimia bagi kegunaan guru dan pelajar untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran subjek kimia,” katanya, memetik laporan Harian Metro.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”