• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Tahniah Profesor Ir Dr Leong Wai Yie

Tahniah Profesor Ir Dr Leong Wai Yie

April 22, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Profesor Ir Dr Leong Wai Yie.

Ucapan berkenaan atas kejayaan beliau sebagai rakyat Malaysia pertama menerima anugerah daripada World Federation of Engineering Organizations (WFEO), baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang telah dianugerahkan “2021 WFEO Gree Women in Engineering Award” yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Beliau menerima anugerah tersebut di majlis anugerah “WFEO Gree Women in Engineering 2021” yang telah berlangsung di Paris, Perancis.

“Pencapaian cemerlang beliau sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Ianya juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga pencapaian beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing di dalam negara mahu pun di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Leong Wai Yie dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” katanya.

Menurut Institusi Kejuruteraan dan Teknologi (IET), anugerah “Gree Women in Engineering Award” bermula pada tahun 2018 dan ianya bertujuan untuk mengiktiraf jurutera wanita yang cemerlang.

IET memaklumkan, antara pencapaian cemerlang Wai Yie ialah kejayaan beliau menubuhkan program bimbingan wanita dalam kejuruteraan untuk lebih 1,000 jurutera wanita.

Post Views: 155
Tags: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahProfesor Ir Dr Leong Wai YieTunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next