• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Tepung AROMA Sumbang 1.600 Bungkusan ke FreeMakan.Com

Tepung AROMA Sumbang 1.600 Bungkusan ke FreeMakan.Com

June 25, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Industri Makanan Jati Sdn Bhd, syarikat pengeluar tepung jenama Aroma yang terkenal dengan kegunaannya untuk menggoreng, menyumbang sebanyak 1,600 kotak produknya kepada FreeMakan.Com, yang juga sebahagian daripada Giveback.my.

Syarikat tersebut terkenal dengan kepakarannya dalam menghasilkan pelbagai jenis tepung berempah seperti Tepung Ayam Goreng Aroma, Tepung Aroma Kentucky, Tepung Aroma Tempura dan Tepung Pisang Goreng Aroma.

Syarikat ini ditubuhkan sejak tahun 2001, dengan misi mereka untuk membantu penjaja, pengusaha gerai dan restoran tempatan supaya mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

Pengasas syarikat itu, Tan Poh Kong berkata, ketika pandemik, perniagaan mendorong pelanggan mereka untuk beralih dariapda perniagaan konvensional yang membolehkan pelanggan makan dalam premis, kepada perniagaan ‘take away’.

Pandemik ini juga secara tidak langsung memberi pendedahan keapda syarikat agar lebih peka dengan nasib yang menimpa rakyat hari ini seterusnya memberikan sesuatu kepada masyarakat.

FreeMakan merupakan salah sebuah projek di bawah program Giveback.my yang juga merupakan sebuah inisiatif pembangunan negara oleh BAC Education Group.

Pengerusi BAC Group, Raja Singham menzahirkan rasa terharu beliau kerana kehadiran Tan yang tampil untuk memberikan sumbangan tersebut.

“Beliau (Tan) sebagai pengasas syarikat hadir untuk memberikan sumbangan ini. Itu menggembirakan kerana kami percaya lebih banyak syarikat dan industri akan muncul dan menolong mereka yang memerlukan.

“Dia dengan rendah hati mengatakan kepada saya bahawa dia adalah sebahagian daripada syarikat kecil dan inilah yang dapat mereka sumbangkan. Dia menghubungi Moo Tik Pin yang merupakan orang penting bagi program kutipan dana kami dan memberitahunya bahawa dia ingin membantu.

“Senang melihat syarikat Malaysia tampil untuk menolong semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan,” katanya.

Dia menambah bahawa Giveback.my sentiasa mencari industri yang mahu memberikan sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukannya.

FreeMakan ditubuhkan bagi membantu mana-mana pihak yang memerlukan bagi mengatasi krisis yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan sepanjang tempoh pandemik ini.

Sehingga kini, FreeMakan berjaya menyediakan makanan, dan keperluan lain keapda lebih 6000 orang di seluruh negara.

Bagi tujuan sumbangan dan bersama-sama dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, boleh layari FreeMakan.com atau Giveback.my atau menghubungi terus Encik Moo Tik Pin di talian: 014-2315528

Post Views: 493
Tags: AromaFreeMakangivebackRaja Singham
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next