• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Thailand bakal isytihar Covid-19 sebagai endemik

Thailand bakal isytihar Covid-19 sebagai endemik

January 31, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pihak berkuasa Thailand semalam meluluskan garis panduan baharu untuk mengisytiharkan wabak Covid-19 yang melanda negara itu sejak awal 2020 lalu, sebagai penyakit endemik.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam (MPH), Rungrueng Kitphati berkata kerajaan akan mengambil masa antara enam bulan hingga setahun sebelum dapat membuat keputusan bagi mula merawat Covid-19 sebagai penyakit biasa seperti selesema atau campak.

Sebelum ini, Setiausaha MPH Kiattiphum Wongrajit berkata Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan bercadang mengisytiharkan endemik Covid-19 menggunakan kriterianya sendiri yang boleh diterima secara akademik.

Garis panduan itu terdiri daripada tiga kriteria, yang telah dipenuhi ketika ini.

Kriteria sendiri itu menyatakan endemik boleh diisytihar jika terdapat kurang daripada 10,000 kes baharu setiap hari; kadar kematian hendaklah tidak lebih tinggi daripada 0.1 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital; dan lebih daripada 80 peratus individu berisiko, telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Sejak beberapa minggu ini Thailand melaporkan kes harian baharu antara 7,000 dan 9,000. Kadar kematian juga menurun kepada 0.1 peratus.

Rungrueng menambah bahawa lebih daripada 80 peratus individu berisiko telah diberi vaksin sepenuhnya sebagaimana yang diperlukan dalam kriteria itu.

Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata masih terlalu awal untuk mempertimbangkan sebarang perubahan dalam status penyakit itu, Thailand kini telah menyertai Sepanyol dan Switzerland dalam merancang untuk

mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik.

WHO bagaimanapun, belum menetapkan kriteria untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik, memandangkan penularan pesat varian Omicron di seluruh dunia.

Pakar WHO sebelum ini berkata kriteria itu akan disiapkan apabila novel coronavirus, yang menyebabkan Covid-19, menjadi lebih mudah diramal dan tidak ada wabak yang berterusan.

“Secara prinsipnya, penyakit ini boleh merebak tetapi tidak teruk. Kadar kematian boleh diterima. Mungkin terdapat gelombang penyakit.

“Tetapi yang penting, orang mesti mempunyai imuniti yang mencukupi. Orang ramai mesti diberi vaksin, dan sistem rawatan cekap,” Wongrajit dipetik sebagai berkata oleh Bangkok Post.

Thailand yang menjadi destinasi pelancongan popular Asia Tenggara, minggu lalu mengumumkan bahawa ia akan menyambung semula program visa bebas kuarantin untuk pelawat yang lengkap divaksinasi mulai bulan depan,

dalam usaha memulihkan ekonominya yang lumpuh.

Kementerian Kewangan negara itu meramalkan negara menerima tujuh juta pelawat asing pada 2022. Ia juga mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi tahun ini kepada empat peratus, dipacu oleh pemulihan dalam perbelanjaan domestik dan pelancongan.

Semalam, Thailand melaporkan 8,078 kes baharu dan 22 kematian menjadikan jumlah terkumpul kes positif sebanyak lebih 2.4 juta kes sejak permulaan wabak itu pada 2020.

Negara ini telah memberi vaksin sepenuhnya kepada 70 peratus daripada keseluruhan penduduknya atau kira-kira 48.3 juta individu. – Agensi

Post Views: 236
Tags: covid-19EndemikThailand
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 702 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next