• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
The Pocket Rocket Man lanjut pengajian peringkat PhD 

The Pocket Rocket Man lanjut pengajian peringkat PhD 

August 27, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jaguh lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima tawaran Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Azizulhasni, 33,merupakan atlet pertama menerima biasiswa tertinggi institusi berkenaan dengan tajaan bernilai RM72,000 sepanjang tempoh tiga tahun pengajian, lapor Utusan Malaysia.

Selain biasiswa, anak jati Dungun itu turut dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama Pelawat UMT berkuat kuasa 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2022 di samping bakal menjadi penerima Anugerah Ijazah Kehormat Sains Sosial dalam Majlis Konvokesyen Ke-19 pada November depan.

Pemenang pingat perak acara keirin Sukan Olimpik 2020 itu berkata, walaupun menerima banyak tawaran daripada universiti lain, namun UMT menjadi pilihan kerana terletak di negeri kelahiran.

“Saya suka belajar dan penghargaan yang diberikan pihak UMT ini merupakan pencapaian terbesar saya di luar karier berbasikal yang diceburi selama ini.

“Bagaimanapun, buat masa ini tumpuan saya adalah pada Sukan Olimpik di Paris, Perancis pada 2024, namun saya berbesar hati kerana pihak UMT memaklumkan saya boleh menyambung PhD pada bila-bila masa apabila saya bersedia,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar di UMT, Kuala Nerus.

Ketika ini, Azizulhasni bakal menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kecergasan Klinikal dan Sains di Universiti Victoria, Melbourne di Australia yang berbaki setahun lagi. 

Terdahulu, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.

Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.

Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.

 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 403
Tags: AzizulhasniOlimpicThe Pocket Rocketman
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next