Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim hari ini menerima mengadap jaguh berbasikal trek negara, Datuk Muhammad Azizulhasni Awang.
Menerusi Facebook rasmi Tunku Ismail, perjumpaan tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
“Ia bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik itu di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” kata Tunku Ismail.
Pencapaian Azizulhasni yang diberi jolokan The Pocket Rocketman tidak disangkal apabila memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200 meter di Kejohanan Trek Asia pada April 2008.
Terbaharu, pada 8 Ogos lalu, Azizulhasni meraih pingat perak dalam acara keirin Sukan di Olimpik Tokyo.
Azizulhasni juga merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”