Keadaan trafik dilaporkan mulai perlahan dari laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak arah Kuantan – Genting Sempah ke Lentang susulan pertambahan kenderaan susulan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melalui ciapan di laman Twitter info trafiknya melaporkan keadaan trafik perlahan sejauh 6.6 kilometer (KM) setakat jam 2.430 petang tadi.
“Trafik perlahan sebelum Tol Plaza Gombak arah Kuantan. sejauh 6.6km dari KM 30.2 hingga KM 36.8 (Gombak-Genting Sempah) hala Kuantan.
“Berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur,” menurut ciapan itu.
LLM turut berkongsi gambar keadaan pertambahan trafik di lokasi yang dimaklumkan terbabit.