• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
TUDM tunai hasrat pejuang kanser 

TUDM tunai hasrat pejuang kanser 

May 19, 2022 Posted by sdteam BM, Featured, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunaikan impian remaja berusia 15 tahun, Muhammad Irfan Mikail Mohd Shukri yang menanam cita-cita menjadi juruterbang pesawat pejuang TUDM.

Impiannya itu dizahirkan Friend of Childhood Cancer Northern (FOCCAN) yang menyampaikan hasrat ibu bapanya untuk memenuhi impian anak keempat mereka.

Remaja itu disahkan oleh pegawai perubatan mengidap kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia).

Atas dasar keprihatinan dan empati, TUDM melalui No 15 Skuadron, Pangkalan Udara Butterworth dan bantuan Kolej Tentera Udara telah mengkoordinasi bersama pihak FOCCAN melaksanakan tanggungjawab sosialnya bagi membantu menyampaikan hasrat dan impian seorang ‘pejuang muda’ yang berjuang melawan sakit kanser.

TUDM menerusi kenyataan berkata Muhammad Irfan yang diiringi ibu dan bapanya, Mazatul Rohana Saleh serta Mohd Shukri Talib didatangkan dari kediaman mereka yang tinggal di Lorong Haji Talib, Kampung Guar Syed Alwi, Kangar ke Pangkalan Udara Butterworth.

Menurut TUDM, ketibaan Muhammad Irfan dan keluarga disambut pegawai TUDM dan serta warga Skuadron.

Dia kemudian dibawa ke bilik persalinan dan disarungkan dengan “flying suit” disusuli taklimat lawatan dan pengenalan ringkas tentang skuadron yang mengoperasikan pesawat pejuang disampaikan Pegawai Memerintah No 15 Skuadron, Leftenan Kolonel Hafiz TUDM yang mengiringi sepanjang lawatan.

“Sesi bermula dengan lawatan ke Hangar No 15 skuadron untuk melihat lebih dekat di samping bergambar bersama pesawat pejuang Hawk 108 dari No 15 Skuadron dan F/A 18D dari No 18 Skuadron serta juruterbang dan kru pesawat.

“Sebagai meraikan tetamu istimewa TUDM ini, Muhammad Irfan dan keluarga dipersembahkan dengan pengoperasian pesawat pejuang Hawk bermula dari pemeriksaan awal pesawat sebelum terbang, melihat pesawat berlepas dan kembali mendarat.

“Muhammad Irfan kemudian dibawa melawat ke Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A 18D,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut TUDM lagi, lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenangan serta sumbangan kepada Muhammad Irfan dan keluarga.

“Melihat insan kerdil diuji dengan masalah kesihatan kronik, ternyata Muhammad Irfan adalah “pejuang muda” dengan semangat juangnya melawan sakit kanser.

“Semoga tangungjawab sosial TUDM menunaikan impian Muhammad Irfan dapat menggembirakan hatinya serta ibu bapanya.

“Seluruh warga TUDM mendoakan agar adik Muhammad Irfan beroleh kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan meminta agar semua turut mendoakannya,” kata kenyataan itu.

Post Views: 109
Tags: PEjuang kanserTUDM
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next