Jabatan Warisan Negara (JWN) akan menjalankan ekskavasi dan dokumentasi lukisan purba di Gua Semadong serta kerja-kerja penyelamatan tengkorak manusia yang ditemukan di Bukit Keteri, Perlis.
Pesuruhjaya Warisan Mohd Azmi Mohd Yusof berkata ia susulan satu eksplorasi arkeologi yang dijalankan oleh JWN bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Persatuan Mendaki Negeri Perlis di kawasan itu pada Julai tahun lepas.
“Eksplorasi ini bertujuan untuk menjalankan pendokumentasian dan inventori tapak bagi memperoleh data arkeologi terkini tapak, di samping mengeksplorasi dengan lebih lanjut sebarang kemungkinan jumpaan artifak yang masih belum diteroka oleh penyelidik terdahulu,” katanya.
Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia berusia sekitar 5,000 hingga 10,000 tahun di kawasan berkenaan.
Hasil penjelajahan pasukan itu juga, turut menemui lukisan pada dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong, yang memaparkan lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia.
Penemuan itu telah membuktikan negeri Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah sejak ribuan tahun dahulu.
Image via @JapenPerlis (Twitter)
Image via @JapenPerlis (Twitter)
Image via @JapenPerlis (Twitter)
Image via @JapenPerlis (Twitter)
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”