• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
V Yilamaran raih Perak di Sukan Deaflympic Brazil

V Yilamaran raih Perak di Sukan Deaflympic Brazil

May 5, 2022 Posted by haizal.y BM, Featured, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Atlet karate pekak negara V Yilamaran menjadi wira negara apabila berjaya meraih pingat perak di final dalam acara Kumite 84 kilogram (kg) Sukan Deaflympic Brazil, di Caxias do Sul, Brazil, kelmarin.

Dalam percubaan untuk meraih pingat emas Yilamaran, 22 tahun bagaimanapun tumpas di tangan atlet karate senior Ukraine, Makhno Oleksanr berusia 32 tahun yang juga adalah pemenang pingat Perak Deaflympic Samsun, Turki 2017.

Berita gembira itu dikongsikan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia di laman Facebook rasminya.

Dalam laluannya ke final, atlet dari Johor itu berjaya menumpaskan atlet karate Brazil, Israel (suku akhir) dan atlet Iran (separuh akhir) sebelum bertemu Makhno Oleksanr di final.

Ketua Kontinjen Pekak negara, Ong Shin Ruenn yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir bersejarah itu, berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran.

“Ini adalah penyertaan sulung atlet karate berkenaan di Sukan Deaflympic dan berjaya meraih pingat Perak,” katanya dalam perkongsian itu.

Sementara itu, kejayaan atlet berkenaan turut mendapat penghargaan dan ucapan tahniah daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berbangga dengan pencapaian atlet kelahiran Johor itu.

Menurutnya, atlet itu menempa sejarah tersendiri apatah lagi pertama kali negara mengambil bahagian acara berkenaan di peringkat dunia dan merangkul pingat untuk kontinjen Malaysia.

“Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM8,000 atas kejayaan beliau mengharumkan nama Negeri dan Negara dipersada dunia.

“Kejayaan membanggakan itu tentunya menjadi pembakar semangat buat seluruh Bangsa Johor untuk sentiasa berusaha meraih kejayaan dalam apa jua yang kita lakukan,” katanya.

Post Views: 78
Tags: Deaflympic BrazilKarateOlimpiksukanV. Yilamaran.
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 738 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next