Meskipun terkesan dengan pandemik Covid-19 yang meletus sejak setahun lebih yang lepas namun, peranan dan tanggungjawab sebagai sebuah institusi pendidikan dalam menyediakan pendidikan kepada masyarakat tidak pernah diabaikan.
Veritas University College misalnya, kini dalam misinya menyediakan pakej pendidikan yang diperlukan dalam keadaan krisis kesihatan yang masih belum menemui jalan penamat ini.
Dalam usaha membantu lebih ramai pelajar untuk mendapat akses pendidikan berkualiti, Veritas University College melancarkan dana pendidikan yang memberikan diskaun yuran pengajian bernilai ribuan ringgit tanpa sebarang bon.
Di bawah inisiatif terbaru ini, semua yuran pengajian bagi program Foundation in Arts akan dikurangkan kepada hanya RM5,000.
Seperti dilaporkan Free Malaysia Today, Veritas, yang merupakan sebahagian dari BAC Education Group, mengatakan bahawa Dana Pendidikan Pandemik Veritas membantu mengurangkan kesan dan akibat yang disebabkan oleh Covid-19 terhadap bidang pendidikan.
Pengarah Veritas, Raja Singham berkata, sebagai penyokong terhadap Matlamat Pembangunan Mampan Unesco berkenaan pendidikan berkualiti, selain pendidikan merupakan cara terbaik untuk keluar daripada kemiskinan.
“Itulah motivasi kami untuk memperuntukkan jtaan ringgit bagi menyediakan pelbagai inisiatif pendidikan seperti SPMflix, Project Deep dan Project Entrepreneur.
“Dengan semangat yang sama, Dana Pendidikan Pandemik Veritas turut ditubuhkan bagi memberi laluan kepada lepasan SPM melanjutkan pengajian mereka dengan kadar yang sangat berpatutan.
“Saya ingin memastikan bahawa setiap orang memiliki akses yang adil terhadap pendidikan yang berkualiti,” kata Raja Singham, yang juga ketua BAC Education Group, dalam satu kenyataan.

Pengarah Veritas Raja Singham, merupakan penyokong terhadap Matlamat Pembangunan Mampan Unesco berkenaan pendidikan berkualiti, selain pendidikan merupakan cara terbaik untuk keluar daripada kemiskinan.
Yuran pengajian Foundation in Arts, yang dikurangkan dengan ketara menjadi RM5,000 di bawah Tabung Pendidikan Pandemik Veritas, menjadikannya antara program asas yang paling berpatutan di negara ini.
Namun, keunikan bagi inisiatif ini adalah, pelajar tidak akan terikat atau dipaksa untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka di Veritas untuk mendapatkan yuran pengajian yang rendah, yang dinamakan sebagai ZERO BOND.
Antara lain, pelajar yang mendaftar melalui Foundation di Veritas juga akan mendapat akses ke perpustakaan dalam talian terbaik dan berpeluang mengikuti pengajian dari fakulti yang berpengalaman luas.
Selepas tamat di Foundation in Arts, pelajar mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana; Perakaunan & Kewangan, Perniagaan, Transformasi Digital, Penjenamaan & Pemasaran Digital, Teknologi Maklumat, Psikologi dan banyak lagi.
100% daripada yuran pra-u (RM 5,000) akan dikembalikan kepada mereka yang memilih untuk mengikuti mana-mana ijazah sarjana muda dengan Veritas dan jumlah yuran mereka sepanjang tiga tahun untuk berijazah, hanya RM24,700.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program di Veritas, sila ikuti di sini .