Wanita Hong Kong, Tsang Yin-hung, 44 tahun telah diumum mencipta rekod pendaki Everest wanita terpantas di dunia. Tsang telah mencatatkan pendakian Gunung Everest paling cepat di dunia dari kalangan pendaki wanita.
Pegawai perhubungan kerajaan Nepal Gyanendra Shrestha berkata, Tsang berjaya sampai ke puncak setinggi 8,848.86 meter dalam masa 25 jam 50 minit pada Ahad lalu.
“Dia meninggalkan base camp pada pukul 13.20 petang pada Sabtu lalu dan tiba di puncak pada 15.10 petang keesokan harinya,” katanya kepada AFP.
Bagaimanapun Tsang masih perlu menunjukkan bukti itu kepada pihak Guinness World Records untuk menerima sijil atas pencapaiannya itu secara rasmi.
Terdahulu, Phunjo Jhagmu Lama pernah bergelar wanita terpantas mendaki Everest dengan catatan masa selama 39 jam.
Pada 2017, Tsang menjadi wanita Hong Kong pertama yang mencapai puncak dunia itu dan prestasi terbaharu itu adalah cubaan kali ketika dia mendaki gunung tertinggi di dunia itu.
Untuk rekod, Nepal telah mengeluarkan 408 permit keizinan bagi pendaki mendaki Everest tahun ini selepas membatalkan semua pendakian tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
Setakat ini, seramai 350 pendaki telah menyelesaikan pendakian mereka selain terdapat dua pasukan membatalkan ekspedisi selepas beberapa pendaki disahkan positif Covid-19.