Seorang wanita warga emas di New Delhi, India mencatat rekod dunia sebagai wanita paling tua melahirkan anak.
Memetik Daily Mail, Jivunben Rabari, 70 dan suaminya, Maldhari, 75 dilaporkan membuat rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk melahirkan bayi lelaki.
Kedua pasangan suami isteri itu dilaporkan sudah melakukan pelbagai usaha untuk melahirkan anak sejak mula mendirikan rumah tangga 45 tahun lepas, namun gagal.
Rabani dan Maldhari yang di sebuah perkampungan kecil di Mora, Gujarat itu bertemu dengan seorang doktor, Naresh Bhanushali yang pada awalnya memaklumkan kepada pasangan berkenaan bahawa faktor usia menyukarkan untuk Rabani melahirkan anak.
“Namun, mereka tetap bersungguh inginkan anak kerana alasan ahli keluarga lain melakukan perkara sama,” kata Naresh Bhanushali.
Pada kebiasaannya, kebanyakan anita akan memasuki fasa menopaus ketika usia mencecah 40 hingga 50 tahun, dan menjadikan peluang untuk melahirkan anak menjadi makin sukar.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”