• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Wartawan gesa wakil rakyat Australia buat ujian IQ

Wartawan gesa wakil rakyat Australia buat ujian IQ

August 26, 2021 Posted by BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Senario kini menunjukkan semakin ramai rakyat Australia yang mahu ahli politik mereka menjalani ujian Intelligence Quotient (IQ) bagi memastikan mereka layak memimpin atau sebaliknya.

Seorang wartawan, Peter Gleeson baru-baru ini mencadangkan supaya wakil rakyat Queensland wajib menjalani ujian IQ dan dipecat jika mereka menolak atau mempunyai IQ di bawah nilai purata.

Penduduk di Queensland mempunyai purata skor IQ sebanyak 99, jadi beliau menyarankan supaya ahli politik harus mempunyai skor IQ yang sama atau lebih supaya layak menjadi wakil rakyat, lapor portal Ladbible.

Gleeson berkata, seorang ahli politik mempunyai tugas yang mencabar jadi mereka seharusnya menjalani ujian tersebut untuk mengukur tahap kecerdikan masing-masing.

“Mereka ini adalah orang yang menentukan masa depan kita, menggubal undang-undang dan melaksanakan polisi yang seharusnya mencerminkan harapan rakyat.

“Ia adalah satu tanggungjawab yang amat besar tetapi sebahagian ahli Parlimen dan juga menteri Kabinet tidak layak memegang tugas. Kenapa kita harus biarkan ahli politik bodoh menghancurkan hidup kita?,” katanya

Dua tahun lalu, terdapat cadangan yang diutarakan oleh seorang senator, Jacqui Lambie supaya semua ahli Parlimen menjalani ujian alkohol dan dadah ketika tiba di tempat kerja.

Cadangan tersebut diutarakan selepas kerajaan mengumumkan bahawa penerima bantuan harus menjalani ujian dadah.

“Sekiranya kerajaan mahu mewajibkan penerima bantuan menjalani ujian dadah kerana mereka dibantu dengan duit rakyat, maka secara logiknya semua orang yang dibayar dengan duit cukai rakyat juga harus menjalani ujian dadah. Mengapa hanya orang miskin?” ciapnya di Twitter

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 392
Tags: AustraliaQueenslandujian IQ
Share
0

About

This author hasn't written their bio yet.
has contributed 0 entries to our website, so far.View entries by

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next