Media memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan setiap maklumat yang diperlukan oleh khalayak umum dapat disampaikan dengan cepat dan tepat.
Terutama ketika krisis yang sedang melanda dunia sejak setahun lebih yang lepas, media menjadi ejen penting dalam menyampaikan setiap maklumat dan perkembangan semasa berkenaan keadaan pandemik Covid-19.
Congratulations to @edyong209 of @TheAtlantic. #Pulitzer pic.twitter.com/1mRC4joewz
— The Pulitzer Prizes (@PulitzerPrizes) June 11, 2021
Membanggakan negara, seorang wartawan Britain kelahiran Malaysia, Ed Yong telah memenangi Pulitzer Prize 2021 untuk laporan penjelasannya berkenaan abak Covid-19.
Menurut ciapan The Pulitzer Prizes bertarikh 12 Jun, Yong, penulis sains untuk majalah Amerika, The Atlantic sejak 2015, telah dianugerahkan Pulitzer Prize 2021 dalam laporan penjelasan.
Wartawan berusia 39 tahun itu dalam ciapan di laman Twitter beliau memberitahu bahawa menyediakan laporan berkenaan Covid itu merupakan cabaran yang paling memberi kepuasan, meskipun perlu berhadapan dengan bahaya.
“Saya melakukan yang terbaik sebagai platform kepada umum supaya khalayak memahami krisis dan melawannya dengan akal. Saya terkilan kisah-kisah seperti ini selalau diperlukan dan berharap ianya memberikan sesuatu,” katanya menerusi laman Twitter.
Reporting on the pandemic was the most fulfilling &difficult challenge of my professional life. I did my best to give our readers a stable platform from which to make sense of a crisis that defied sense. I’m sad these stories were ever necessary but I hope they made a difference.
— Ed Yong (@edyong209) June 11, 2021
Yong seterusnya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada 300 pakar yang memberikan maklumat serta berkongsi kepakaran dengannya bagi menyiapkan laporan berkenaan, selain mengucapkan terima kasih kepada rakan setugasnya di The Atlantic.
“Saya akan berkongsi hadiah kemenangan tersebut dengan semua yang terlibat pada tahun lalau – setiap editor, penyunting, pemeriksa fakta, artis dan banyak lagi. Walaupun memenangi Pulitzer secara individu namun, ianya bergantung dengan kerja berkumpulan,” katanya.
Last night, we celebrated @edyong209’s #Pulitzer win.
I’d like to say the same thing to you as I did in my speech: for the past year+, we have all struggled to make sense of a global crisis while attempting to survive it. We will continue to cope with it all for years. (1/3) pic.twitter.com/mNmfjwN8BB
— LizNeeley (@LizNeeley) June 12, 2021
Dalam ucapan terima kasih tersebut, beliau turut memberikan ucapan terima kasih kepada isterinya, seorang komunikator sains, Liz Neeley.
“@Lizneely membuat saya bertahan sepanjang waktu itu. Kecerdasannya yang garang, empati tanpa batas, dan kemampuannya untuk mengekalkan optimisme ketika menghadapi sebarang kenyataan, semuanya merupakan sebahagian daripada DNA karya saya. Saya sayang awak, Liz. Anda adalah keseluruhan hidup saya, harapan saya, rumah saya, ”ciapan Yong.
Yong merupakan anak kelahiran Malaysia yang berhijrah ke United Kingdom ketika berusia 13 tahun.