Skuad terjun negara meneruskan aksi cemerlang dalam temasya Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021 selepas Wendy Ng dan Ong Ker Ying menyumbang emas keempat buat negara, hari ini.
Gandingan skuad terjun wanita negara itu mencatatkan jumlah 276.30 mata keseluruhan dalam acara 3m papan anjal seirama wanita.
Terdahulu, pingat emas ketiga buat Malaysia berjaya dirangkul atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu.
Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini selepas tampil unggul pada acara 3-meter papan anjal seirama hasil gandingan bersama Chew Yi Wei, semalam.