Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yakin pandemik Covid-19 akan ‘ditumpaskan’ pada 2022 dengan syarat semua negara bekerjasama mengekang penularan wabak itu.
Dalam kenyataan sempena tahun baru yang dilaporkan Berita Jordan (Petra), Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu memberi amaran terhadap ‘nasionalisme sempit dan pembolotan bekalan vaksin’ oleh sesetengah negara.
Ini adalah kali pertama WHO tampil membuat kenyataan itu selepas dua tahun wabak Covid-19 dikesan menjadi punca radang paru-paru di China.
Kes global Covid-19 kini berjumlah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak itu.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”