• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Will Smith mohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock

Will Smith mohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock

March 29, 2022 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Will Smith memohon maaf kepada Chris Rock kerana menampar pelawak itu secara langsung pada majlis Osmar 2022 semalam.

Menyifatkan perbuatannya sebagai “tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan”, pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada anugerah itu mengakui mengikut emosi apabila Rock membuat gurauan melibatkan isterinya.

“Tidak mengapa bergurau tentang diri saya. Tetapi apabila gurauan tentang masalah dialami Jada, itu terlalu berat untuk saya tanggung, dan saya bertindak balas secara emosi.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada kamu, Chris. Saya melampaui batas dan saya salah. Saya malu dan tindakan saya tidak menunjukkan ciri yang saya mahukan.

“Tiada tempat untuk keganasan dalam dunia yang penuh cinta dan kebaikan,” tulisnya menerusi catatan terbaharu di Instagram.

Terdahulu pihak penganjur mengecam tindakan Smith dan merancang untuk melancarkan siasatan rasmi ke atas pelakon itu.

Semalam penonton Majlis Oscar 2022 gempar apabila Smith menumbuk Rock di pentas anugerah berprestij itu yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Adegan itu bermula selepas Smith berang apabila Rock membuat jenaka penampilan isterinya, Jada Pinkett-Smith yang muncul dengan imej botak dan merujuknya sebagai G.I. Jane 2.

Post Views: 136
Tags: Chris RockOscarWill Smith
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 700 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

Gambar UFO beresolusi tinggi telah diterbitkan selepas 50 tahun

May 9, 2022

         Gambar...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next