Pemain badminton perseorangan utama negara Lee Zii Jia mengungguli Terbuka Thailand selepas mengetepikan pemain China, Li Shi Feng pada aksi final di Impact Arena, Bangkok, hari ini.
Zii Jia, 24, meraih kemenangan dalam pertarungan tiga set 17-21 21-11 23-21.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia muncul pemain ketiga negara merangkul gelaran itu selepas Yong Hock Kin pada 2001 dan Hafiz Hashim (2005).